Ketika Rasulullah Melihat Neraka Mayoritas Penghuninya Adalah Wanita, Wanita Wajib Tau! Apa Penyebabnya?



Reportaserterkini.net - Rasulullah s.a.w bersabda :“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (fakir miskin) dan aku melihat kedalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
.
sabda Nabi kepada para sahabatnya:“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab :“Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan2 nya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang diantara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
.
baginda bersabda :“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah & suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya bisa dicium dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
.
Penyebab lainya:
1. Kufur Terhadap Suami dan Kebaikan-Kebaikannya
.
“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.”(Hadis Riwayat Nasaie)
.
2. Durhaka Terhadap Suami
sabda Rasulullah s.a.w :“Wanita mana saja yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )
.
3. Tabarruj
Yang dimaksud dengan tabarruj ialah seorang wanita yang menampakkan perhiasannya dan keindahan tubuhnya serta apa-apa yang wajib ditutupnya dari pandangan lelaki bukan mahramnya.
.
Allah s.w.t. telah melarang hal ini dalam firmanNya :“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan-perhiasan mereka.” (Surah An Nur ayat 310)
Sumber : eramuslim

Subscribe to receive free email updates: